Pages

Saturday 23 April 2011

RAMPAIAN TARI TRADISIONAL INTERKOLEJ 2011

Assalamualaikum..salam sejahtera..dan salam budaya!

Wahh bersarang nampak? *sambil menyapu sawang di syiling!

Saya minta maaf kerana tidak meng’update’ blog ini! Maklumlah busyla katakan!haha~

Ok kali nie saya nak cerita pasal Rampaian Tari Tradisional Interkolej 2011
Ha jangan terkejut yang I’m one of the dancers!

Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang latihan hinggalah ke hari pertandingan namun semua itu tak mematahkan semangat kami!

GANI3 GO!

Penari perems:
Farhana (Ana)
Habibah (Bib)
 Dian Diyana (Kechik)
 Manja
  Aisyah

Penari Lelaks:
Rohaizam (Ros)
Din
K-own
Mail (Boyot) 
Nadzmi

Koreografer:
          Encik Topek-main koreografer
         Encik Syazwan (Chegon)

Tanggal 26 Mac 2011 menjadi saksi segala-galanya( ayat xley blah!)
Setelah berpenat lelah dan bertungkus lumus selama 1 month++ akhirnya hari yang dinanti telah tiba! *matila puitis sangat!

Sanggar Krismachindie membawakan anda tarian ZAPIN BUNIAN dan JOGET sempena Rampaian Tari Tradisional Interkolej 2011


macam mana best tak?? bestkan?!

Namun adat pertandingan ada menang dan ada kalah! Untuk kali ini Sanggar Krismachindie@Kolej Kedua tidak membawa pulang sebarang anugerah TETAPI kami membawa pulang satu KEPUASAN yang tak dapat diungkapkan!
*Sebenarnye ade berlaku konflik dlm pemilihan pemenang! Dengar2 kate Sanggar Krismachindie sepatutnye mendapat tempat kedua..namun itulah keputusan di tangan juri ye tak?

Apa-apa pun tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penari2 kerana telah buat yang TERBAIK! (believe me I can feel that!)..terima kasih juga kerana menyokong Sekretariat Kebudayaan! To all dancers, anda semua tahu betapa susah nak pujuk each one of you! But thank you very much my dear friends!
To choreographers, u guys are the best! *Grand sangat!

Terima Kasih juga kepada yang datang untuk menyokong kami! Sesungguhnya kehadiran anda menaikkan semangat kami! Camtula Kolej Kedua!!
*Thanx kpd yg jerit nma saya! Mama I love u la!!

With this I can retire peacefully! (detik2 sebelum turun board MTM) *gittew!~


Standing from left : Mail, K-own, Din, Cik Topek, Rohaizam, Nadzmi
Sitting from left : Kechik, Bib, Aisyah, Manja, Ana


Koreografer terCHENTA..curlast kaw mariaa!!


tudiaa Chegon!!


partner Manja :))

ewaahh~ ha masuk!


WE LOVE FESTARI (nama lain!)


 kaw mampoo?



 dengan ini saya bersara sebagai Exco Kebudayaan Kolej Kedua!

BUDAYA MEMANG BEST!!




 
Cheers,
Nadzmi Omar

Wednesday 13 April 2011

PERHATIAN!!

Assalamualaikum..salam sejahtera..dan salam budaya!

PERHATIAN!!!

huhu..

Untuk makluman readers semua, blog saya masih bernafas(nie pun terpaksa guna breathing aid)
akibat keBUSYan yang melampau
belum ada kesempatan untuk saya mengUPDATE blog ini..
MAAF ye..
InsyaAllah saya akan update secepat mungkin!






Cheers,
Nadzmi Omar

Saturday 2 April 2011

MTM 2010/2011 Selamanya~

Assalamualaikum..salam sejahtera..dan salam budaya!

Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua Sesi 2010/2011

Nama gah bukan?


Sepanjang 1 sesi menjadi sebahagian drpd family MTM 2010/2011 ini banyak benda yang telah saya pelajari..


Pada mulanya menjadi MTM timbul persoalan di benak hati ini(ayat xley blah!)..Layak ke aku jadi MTM? Boley ke aku bawak sekretariat nie?


Well, semua persoalan tu saya tepis dengan jayanya sebab tarikh keramat 1 APRIL 2011 menandakan turunnya saya sebagai mantan EXCO II SEKRETARIAT KEBUDAYAAN smbil pose maut ala2 Gisele Bundchen..(next entry saya citer pasal BUDAYA ye!)


1 APRIL 2010 – Bermulanya hidup sebagai MTM. Suka duka kami satu family lalui bersama..gelak bersama..sedih bersama..nanges bersama..sakit bersama! 29 orang ini (plus me = 30 MTM) banyak membantu, membimbing saya! Kami jatuh sama2, kami bangun dengan bergaya sama2..banyak event yang kami jayakan demi Kolej Kedua..so much that we’ve been through.. so kat sini saya nak state besar2 yang saya amat menyayangi  MTM 2010/2011..u’ve guys taught me so much about life! There’s no word I can describe how proud I am to be one of u guys!


1 APRIL 2011 – Nah!!..akhirnya selepas 1 tahun menjadi MTM, hari ni secara OFFICIALLY turunnya kami sebagai mantan MTM 2010/2011..dont you worry dear this is just the beginning of everything! Banyak lagi benda yang akan mendatang..so family2ku sekalian LETS ROCKING UP THE WORLD!!



En Zulhusni diapit oleh Exco I (Nur Afiqah Azali) dan Exco II(I la tu!) Sekretariat KEBUDAYAAN



MTM 2010/2011



Silang Budaya Ke-arah Kepemimpinan Glokal – Sandakan, Sabah



Bukak puasa bersama..wee~



Birthday bash! Giler kentang r korang!!



Minggu orientasi adek2 baru K2..Phagi!


 Mobiliti Kepemimpinan Global – Beijing, China



Malam Anugerah Seri Perdana Kolej Kedua 2011



Dan banyaaaaakkk lagi! Kalau nak letak semua jenuhla anda nk scroll down!*menanges!

Lastly!
 .
 .
 .
.
.

Jangan bimbang familyku sekalian kerana CHENTA kita terpahat di Great Wall of China!




Till the end we are one big family - MTM 2010/2011

*maafkan segala kesilapan dan salahlaku saya serta halalkan semuanya ye!


 

Cheers,
Nadzmi Omar

Friday 1 April 2011

Salam Pengenalan ::my first baby dowh::

Assalamualaikum..salam sejahtera..dan salam budaya!

Fuhh panjangkan?..dah terbiasa!huhu

Wahh dah ada belog! – ayat ni mesti yang pertama terkeluar dari mulut korang kan? Haha..takku sangka akhirnya ada juga blog!..ni mesti gara2 terpengaruh, tak pun terlalu banyak permintaan dan demand! *feeling artis fofuler jap!haha

SkipAlong
Kenapa SkipAlong ye?

Macam nie kisahnye..
once upon a time..*menghadap mikrofon sambil dilimpahi flash kamera..kata storytelling?!
Skipalong adalah satu acara dimana anda semua kena skip dengan saya sampai kita penat! Pastu take a break sekejap then sambung lagi for another 5km.. SUDAH! JANGAN MERAPU!

Begini ye adik2..
Basically, SkipAlong ataupun melompat bersama (hodoh gila bunyi) merupakan satu medium untuk saya mencurahkan pengalaman, kisah hidup, ketidakpuashatian, kekurangan kasih sayang, info2 terbaru,tips2 nak VOGUE..bla3..bla3..(macam2 lagila!) supaya dapat kita kongsi bersama..mana yang buruk kita jadikan sempadan yang baik kita wat belacan..eyh2 
silap..teladan!

Nama SkipAlong diambil kerana saya nak anda semua skip dengan saya (betul tak tipu!) Dalam hidup nie sejujurnya kita perlukan insan2 tak kirala family ke, sahabat ke, kucing ke(insan?! takpe..) yang akan menemani kita sepanjang hidup ini.. sedikit sebanyak mereka ini akan mencorakkan hidup kita..mewarnai dunia kita! So sekali saya ingin menyeru anda semua(dah macam khutbah jumaat dah!) supaya sama2 kita berskipping dengan saya..supaya saya TAK BOSAN..TAK KESUNYIAN dalam menjalani hari2 sebagai seorang Nadzmi Omar!

So kepada semua readers(macam ada je?!) saya harap dengan wujudnye blog nie dapat membantu anda mengenali saya..berkongsi pendapat dan cerita..tak lupa juga mengeratkan silahturrahim sesama insan!

Plus I’m a newbie! So kalau salah tolong tunjukan ye!

Again
WELCOME TO MY BLOG –SkipAlong

Cheers n warm regards,
Nadzmi Omar